Adakah anda salah seorang pengusaha produk? Adakah juga anda sudah mencuba pelbagai kaedah untuk naikkan minat untuk orang ramai membeli produk anda itu tetapi masih juga kurang mendapat sambutan? Jika benar anda sedang berada di dalam situasi ini, produk anda itu pastinya sedang kekurangan sesuatu untuk perlu segera diperbetulkan.
Tak dinafikan ramai pengusaha produk sudah merasakan yang segalanya telah sedia untuk dipasarkan apabila produk tersebut siap sepenuhnya dalam bentuk produk. Tapi, kesilapan yang sering berlaku adalah pada bahagian packaging (pembungkusan). Sebenarnya, produk tersebut masih lagi belum sedia sepenuhnya andai bahagian tempah kotak produk masih belum diselesaikan. Apa guna jika produk bagus tetapi sukar untuk di jual. Apa guna juga jika produk itu sangat berkesan tapi amat sukar untuk menarik minat pelanggan untuk mencubanya.
Jika diterangkan secara lebih mudah, memang benar pelanggan mahukan produk yang berkesan, cantik dan berbaloi untuk di beli tapi penampilan awal pada sesuatu produk tersebut harus juga di ambil kira. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati dan begitu jugalah dengan keadaan ini.
Bila urusan tempah kotak produk tersebut nampak lawa barulah semangat untuk membeli pada pelanggan akan menjadi lebih membuak-buak. Kerana itu , bagi anda di luar sana yang telahpun mempunyai produk sendiri tolong luangkan masa dan belanjakan sedikit wang untuk proses printing dan tempah kotak produk tersebut untuk hasil kejayaan yang lebih bagus.
Terdapat Banyak Produk Yang Boleh Diupgrade Dengan Cara Tempah Kotak Produk Untuk Jualan
Antara beberapa jenis printing pada kotak untuk produk adalah seperti :
- printing kotak untuk Produk Kecantikan
- printing kotak untuk Kosmetik
- printing kotak untuk Shawl / Tudung
- printing kotak untuk Jubah atau Pakaian
- printing kotak untuk Perfume
- printing kotak untuk Buku
- printing kotak untuk DVD dan VCD
Dapatkan Khidmat Consultation Dan Anda Akan Mula Tahu Kepentingan Kotak Untuk Sesuatu Produk
Bagi anda yang masih belum boleh nampak dengan lebih jelas akan kelebihan yang akan diperoleh dengan menggunakan printing kotak produk ini, di sini turut disenaraikan beberapa penjelasan mengenai perkara ini dan semoga dengan penjelasan ini anda akan lebih nampak apakah sebenarnya kesan-kesan yang bakal anda perolehi nanti.
Antara kelebihan printing kotak produk ini adalah :
1. Produk Anda Akan Tampak Lebih Eksklusif dan Profesional
Pertama sekali anda perlu tahu yang proses printing kotak ini dapat menampilkan imej baru untuk produk tersebut. Jika anda pandai memilih pihak designer yang mahir untuk menghasilkan rupa kotak yang sesuai, sekaligus produk anda itu akan tampak lebih eksklusif dan presional. Ini kerana selalunya hanya produk yang popular dan serius di dalam berbisnes saja yang sanggup mengeluarkan belanja untuk memiliki design kotak packaging yang tersendiri sebagai tema utama untuk sengaja nampak lain daripada yang lain.
2. Anda Boleh Naikkan Harga Jualan Menjadi Lebih Tinggi Untuk Untung Yang Lebih
Bukankah kos untuk packaging produk ini agak tinggi? Betul, memang betul. Tak dinafikan yang harga untuk kos packaging produk ini agak tinggi tetapi itu tidak bermakna anda akan terpaksa menanggung rugi. Anda sepatutnya harus sedar yang pelanggan akan sanggup berbayar lebih kerana mereka akan sedar yang produk anda itu memang ekslusif dan sesuai di jual dengan harga tersebut.
Secara tidak langsung, kesediaan pelanggan untuk membaar lebih itu dapat memberikan ruang untuk anda menaikkan sedikit kos jualan untuk menampung kos bagi pembayaran upah printing kotak tadi. Sebagai contoh, harga sebelum dilakukan sebarang printing kotak produk adalah sebanyak RM29 dan kos yang perlu di bayar untuk setiap printing kotak produk bagi itu pula adalah sebanyak RM4 seunit.
Maka jika dihitung keduanya harga tepat untuk dijual kepada setiap pelanggan adalah sebanyak RM33 seunit. Tetapi, disebabkan anda tidak mahu susah payah untuk sentiasa sediakan wang kecil untuk tukaran, maka anda terus naikkan sehingga RM50 seunit. Bila di hitung, meskipun anda keluarkan kos sebanyak RM4 untuk setiap unit produk yang dikeluarkan tetapi anda telah dapat menjana untung lebih sebanyak RM17 seunit. Berkali-kali ganda tetapi tetap nampak diterima akal disebabkan oleh rupa printing kotak produk anda yang cun melecun tu.
3. Produk Yang Ada Packaging Menarik Nampak Lebih Meyakinkan
Mengapa pelanggan akan berasa lebih percaya untuk membeli produk yang dibungkus dengan kotak? Ini kerana ia akan tampak lebih serius dan meyakinkan. Bayangkan jika anda ingin membeli serum untuk wajah. Adakah anda ingin membeli serum wajah yang berada di dalam kotak ataupun anda lebih suka membeli ubat gigi yang berada di luar kotak.. Pastinya serum wajah yang berada di dalam kotak tampak lebih meyakinkan.
4. Iklan Tambahan Percuma Kerana Pelanggan Gemar Upload Gambar Bersama Kotak Packaging Yang Cantik Lawa
Anda akan bernasib lebih baik sekiranya pelanggan anda itu seorang yang aktif di media massa seperti blog, facebook, twitter dan juga instagram. Ini kerana pelanggan yang aktif di media massa sebegini dengan mudahkan akan suka mengambil gambar untuk menunjukkan produk terbaru yang dibeli dan akan digunakan untuk para pengikut mereka.
Makin membuatkan mereka berasa tidak sabar untuk ambil gambar dan upload di media massa adalah dengan tarikan kotak yang cantik dan menarik untuk ditunjukkan pada orang lain. Yang paling untung, siapa lagi jika bukan anda sendiri sebagai si pengeluar utama untuk produk tersebut.
5. Produk Anda Akan Menjadi Lebih Selamat Semasa Proses Penghantaran Oleh Wakil Pos
Kebanyakan pelanggan memang lebih suka membeli secara online di atas talian kerana cara itu jauh lebih mudah dan pantas. Belian secara online ini memerlukan servis pengeposan dan di sini produk yang punya kotaknya sendiri jauh lebih selamat berbanding yang terus dimasukkan ke dalam plastik pos. Produk yang tidak di bungkus dengan baik seringkali rosak semasa penghantaran dan anda akan turut mengalami kerugian sekiranya si pelanggan tersebut tidak mahu menerimanya. Kan dah boleh datangkan masalah tu.
Bila berada di dalam kotak yang cantik begini juga anda dapatlah terus menempah produk tersebut untuk diposkan secara terus kepangkuan insan yang tersayang. Barulah dapat dinamakan sebagai sebuah kejutan. Bayangkan tatkala encik posmen yang tolong hantarkan dan bila di buka ternyata sangat cantik dengan isi kandungan yang sempurna tanpa ada sebarang kerosakan.
HMS Design & Printing Adalah Calon Terbaik Untuk Memberi Khidmat Consultant Dalam Urusan Tempah Kotak Produk Anda
HMS Design & Printing telah memulakan operasi bermula Disember 2014. Setelah penubuhan, HMS Design & Printing telah berkembang dengan pesat dan menjadi syarikat percetakan terkemuka di Malaysia dengan pelbagai pencapaian di dalam industri percetakan. Aktiviti perniagaan utama adalah Digital Printing, Offset Printing, Inkjet Printing, Signage & Advertising, Labels & Packaging, Post Press, Corporate Gift & Apparel dan banyak lagi.
HMS Design & Printing juga sangat komited dan memang pakar dalam bidang percetakan runcit ini. Malah HMS Design & Printing ini juga turut menawarkan pelbagai servis percetakan dengan khidmat pelanggan yang mesra dan hasil kualiti percetakan yang menakjubkan demi untuk para pelanggannya. Tempahan juga boleh dilakukan dengan cepat dengan kadar harga yang sangat berbaloi dan berpatutan.
HMS Design & Printing Menawarkan Harga Berbaloi Dengan Hasil Kerja Yang Sangat Cantik dan Berkualiti
Inilah antara hasil kerja pihak HMS Design & Printing. Anda boleh lihat sendiri betapa cantik dan menariknya hasil kerja yang telah berjaya dihasilkan oleh para pelanggan. Design ini tidak hanya di buat secara bersahaja sebaliknya setelah dibincangkan dengan sangat terperinci bersama empunya produk itu sendiri. Tidak hanya tentang tulisan sebaliknya bentuk, saiz dan warna juga turut di ambil kira.
Ada kotak yang dihasilkan dengan bentuk segi empat sama dan ada juga kotak yang dibentuk dengan rupa yang berbeza. Itu semua tidak akan beri sebarang masalah pada HMS Design & Printing kerana mereka sememangnya akan mencuba sedaya upaya mereka untuk menghasilkan kotak istimewa untuk produk anda itu supaya dapat tampil dalam rupa yang baru dengan identitinya yang tersendiri.
Hasil kerja ini semua dilakukan oleh warga tenaga HMS Design & Printing yang sangat berkemahiran di dalam bidang masing-masing. Pengalaman yang lama di dalam bidang ini turut menambahkan lagi mutu hasil kerja yang telah berjaya disiapkan. Kerana itu juga ramai di kalangan pelanggan HMS Design & Printing telah membuat keputusan untuk terus setia menggunakan khidmat mereka sejak dulu hingga kini.
Antara Pelanggan Yang Telah Menggunakan Khidmat HMS Design & Printing
Pelanggan HMS Design & Printing ini memang ramai dan di sini dikongsikan sedikit antara pelanggan yang telah menggunakan khidmat printing kotak produk daripada HMS Design & Printing sebelum ini.
Nak Makin Lariskan Produk? Nak Tempah Kotak Produk Yang Istimewa? Jom Dapatkan Khidmat Consultant Dari HMS Design & Printing Sekarang Juga!!
Anda dah penat untuk terus berendam airmata disebabkan produk sendiri yang kurang mendapat sambutan? Anda juga sudah letih untuk meyakinkan pembeli bahawa isi kandungan produk anda itu bagus dan berkesan supaya orang ramai berani mencubanya. Janganlah terus menangis dan bersedih kerana anda kini telahpun mendapat jalan bagaimana untuk mengubah situasi tersebut.
Lupakan situasi dulu. Biarlah produk anda kurang sambutan ketika itu. Yang penting kini anda telahpun punya peluang yang baru untuk bangkit semula. Jom segera tempah kotak produk berserta dengan servis consultant yang terbaik supaya barangan anda dapat muncul semula di pasaran dengan imej baru yang lebih umph!
Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut yang berkaitan, anda bolehlah terus hubungi pihak HMS Design & Printing melalui detail di bawah ini.
HMS DESIGN & PRINTING | DESIGN DAN CETAK PACKAGING, STICKER, FLYERS
Hotline: Tekan untuk telefon (019-9051424) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : Pakar Packaging Dan Sticker Produk
Laman Web : https://www.hmsprinting.com/old