[et_pb_section][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text]
Menjadi peneraju sesebuah perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu memikirkan kos modal produk atau servis yang ditawarkan, target pasaran produk, promosi produk, pengurusan aset syarikat, strategi pemasaran produk, faktor kerugian, perbelanjaan langsung atau tidak langsung dan sebagainya. Ini kerana faktor kejayaan dan kegagalan perniagaan dapat dipengaruhi oleh semua aspek yang terlibat dalam mengeluarkan sesuatu produk.
Memulakan sesuatu perniagaan pastilah perlu fokus untuk dapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Tambah pula anda seorang usahawan produk jenama anda sendiri. Sudah tentu anda mahukan ia merupakan sebuah perniagaan yang bakal diwarisi oleh ahli keluarga anda pula nanti. Namun, sedarkan anda bahawa strategi pemasaran dan pengiklanan produk memainkan peranan yang sangat penting bagi memajukan produk anda sendiri?
Antara medium pengiklanan yang sering menjadi pilihan adalah melalui pengiklanan di laman web, hebahan di media sosial, cetakan banner dan juga hebahan melalui flyers. Artikel kali ini akan menjelaskan kepada anda betapa pentingnya hebahan pengiklanan melalui flyers ini.
Ketahui Bagaimana Flyers Membantu Mengembangkan Perniagaan Anda
Menjimatkan Kos
Bagi anda yang baru memulakan perniagaan dan kekurangan modal, medium pengiklanan melalui flyers sangat membantu anda untuk memperkenalkan produk di pasaran tempatan. Kos untuk cetakan flyers adalah sangat murah berbanding strategi pengiklanan yang lain. Tambahan pula, flyers akan dicetak dengan kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada orang ramai. Dengan ini, anda dapat menghebahkan produk anda dalam kos pengiklanan yang paling minima.
Padat Dengan Maklumat
Sehelai flyers dapat memuatkan pelbagai info penting produk anda seperti kelebihan produk, cara penggunaan, pantang larang, gambar produk serta testimoni produk. Anda juga boleh masukkan maklumat untuk dihubungi supaya mudah sekiranya ada yang berminat dengan produk anda itu nanti. Apa yang penting adalah, kualiti cetakan flyers perlulah terang dan jelas supaya mudah untuk dibaca oleh bakal pelanggan anda nanti.
Mudah Untuk Diedarkan
Flyers sangat mudah untuk anda sebarkan di tempat – tempat awam seperti stesen bas, pasar, kedai runcit atau taman permainan. Anda pula dapat menjimatkan kos pekerja kerana anda sendiri dapat edarkan flyers ini sambil keluar bersama keluarga beriadah atau membeli – belah. Selain itu, anda juga boleh sebarkan flyers anda di kawasan perumahan yang pasti mempunyai lebih ramai pelanggan yang berpotensi. Caranya sangat mudah kerana anda cuma perlu letakkan flyers di dalam peti surat rumah sahaja.
Hebahan Produk Dengan Cepat
Untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap produk anda, hebahan melalui flyers ini adalah kaedah yang paling cepat sampai kepada pelanggan. Sebagai contoh, flyers yang diberikan akan dibaca oleh mereka ketika berada di dalam kereta, sementara menunggu pengangkutan awam atau setibanya mereka di rumah.
Tempah Flyers Murah Pada Harga Kilang
Kenapa mahu membazir sedangkan anda mempunyai peluang penjimatan berganda dengan menempah flyers pada harga kilang. Apabila anda dapat penjimatan yang banyak, maka modal yang berlebihan anda dapat manfaatkan untuk perkara lain pula bagi membangunkan jenama anda sendiri di pasaran tempatan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Nak tahu di mana boleh menempah flyers murah pada harga kilang? Ikuti perkongsian artikel ini seterusnya.
HMS Design & Printing Tawarkan Servis Tempahan Flyers Murah Pada Harga Kilang
HMS Design & Printing sudah cukup terkenal di kalangan usahawan produk di Malaysia dengan kualiti servis yang ditawarkan oleh mereka. HMS Design & Printing sangat mementingkan kepuasan pelanggan bagi memenuhi segala kemahuan dan kehendak mereka untuk membangunkan produk di pasaran. Mereka mempunyai pakar yang berpengalaman dan berkemahiran yang mampu membantu perniagaan anda semakin laris dan terkenal setanding jenama lain yang sedia ada.
HMS Design & Printing telah berkembang dengan pesat dengan menjadi syarikat percetakan terkemuka di Malaysia sejak penubuhan mereka pada Disember 2014. Mereka telah diberi kepercayaan oleh ramai usahawan terkemuka tanah air bagi memasarkan produk mereka dengan lebih baik.
Tempahan Flyers Secara Online dan Offline
Pusat operasi HMS Design & Printing adalah bertempah di Ampang, Selangor. Usahawan produk yang berdekatan seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pasti dapat meluangkan masa untuk berkunjung sendiri ke premis perniagaan HMS Design & Printing untuk melihat sendiri material dan operasi percetakan yang dilakukan di sana. Namun, sekiranya anda berada jauh, anda juga boleh dapatkan khidmat rundingan dalam talian dengan pasukan HMS Design & Printing melalui perbualan video atau panggilan telefon.
Kelebihan Menempah Flyers Daripada HMS Design & Printing
#1 Design Sendiri Flyers Anda
Anda mempunyai idea untuk flyers anda? Itu adalah berita baik kerana pasukan HMS Design & Printing akan merealisasikan idea kreatif anda nanti. Sekiranya anda masih buntu untuk designkan flyers, anda tidak perlu risau kerana HMS Design & Printing sedia memberi khidmat rundingan dan bantuan untuk idea graphic design flyers anda nanti.
#2 Terdapat Flyers Pelbagai Size
Anda boleh menempah flyers pelbagai size daripada HMS Design & Printing. Semua pilihan di tangan anda untuk promosikan produk jenama anda sendiri nanti. Setiap size flyers pula akan di designkan dengan menarik dan ringkas supaya mudah untuk pelanggan memahami tujuan sebenar flyers diedarkan.
#3 Kualiti Warna dan Kertas Flyers
HMS Design & Printing sangat mementingkan kualiti produk mereka bagi kepuasan pelanggan. Setiap flyers di tawarkan dengan menggunakan bahan material kertas yang berkualiti tinggi serta menggunakan warna yang berkualiti juga. Kualiti warna dan kertas akan menggambarkan produk anda merupakan produk yang terbaik di pasaran.
#4 Dilakukan Oleh Pekerja Yang Mahir dan Berpengalaman
Setiap prosedur percetakan akan dilaksanakan oleh pekerja HMS Design & Printing yang mahir dan berpengalaman. Mereka percaya, hanya pekerja yang pakar sahaja mampu menjadikan sesuatu servis itu berkualiti dan menjamin kepuasan pelanggan mereka. Anda boleh mengubah dan membuat pilihan sehinggalah anda berpuas hati dengan hasil yang dilakukan oleh pasukan HMS Design & Printing.
#5 Dapatkan Harga Yang Murah Dengan Kualiti Yang Tinggi
HMS Design & Printing sudah terkenal sebagai servis percetakan paling murah di Malaysia. Anda bukan sahaja dapat menikmati penjimatan harga yang murah, malah kualiti produk dan servis juga akan dapat jaminan terbaik daripada HMS Design & Printing. Apa yang penting bagi HMS Design & Printing adalah kepuasan anda sebagai pemilik produk.
Ketahui Produk Lain Juga Daripada HMS Design & Printing
HMS Design & Printing bukan sahaja menawarkan servis percetakan flyers sahaja, malah mereka juga mahir dalam pelbagai jenis percetakan. Antara servis percetakan daripada HMS Design & Printing adalah :
- Kalendar
- Door Gift Box
- None Woven Bag
- Totebag
- Bunting
- Banner
- Bill Book
- Book & Magazine
- Folder
- Souvenirs
- Wedding Card
- Sticker
- Hardcover Box
- Envelope
- Letterhead
- Silkscreen Product
- TShirt Printing
- Name Card
- Paper Bag
- Packaging Box
Setiap produk dan servis yang ditawarkan oleh HMS Design & Printing akan dilaksanakan oleh pekerja mahir dan berpengalaman. Disebabkan itulah, HMS Design & Printing sentiasa menjadi pilihan kebanyakan usahawan produk jenama sendiri bagi memasarkan produk mereka di pasaran.
Penjimatan Lebih Berganda Dengan Tempahan Yang Lebih Banyak
Anda tidak rugi sekiranya menempah flyers dalam kuantiti banyak. Ini kerana semakin banyak flyers diedarkan, maka semakin ramai orang awam akan mengetahui kewujudan produk atau servis anda di pasaran tempatan. Tempahan flyers dalam kuantiti yang banyak akan diberikan keistimewaan dengan lebih banyak diskaun daripada HMS Design & Printing.
Tambahan pula, anda juga boleh meminta bantuan ahli keluarga juga untuk mengedarkan flyers perniagaan anda di tempat tinggal mereka juga. Ini secara langsung dapat membantu anda untuk meluaskan pasaran produk jenama anda sendiri itu nanti.
Jadilah Usahawan Produk Yang Bijak Dengan Mengambil Peluang Sedia Ada Sekarang!
HMS Design & Printing sedia membantu dan memberi khidmat rundingan untuk semua usahawan produk yang berimpian untuk bangunkan produk di pasaran. Jom tempah flyers murah dan berkualiti daripada HMS Design & Printing sebagai strategi pemasaran yang mudah dan berkesan. Anda mampu menjadikan produk anda produk terunggul setanding produk hebat yang lain di pasaran. Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut anda boleh hubungi maklumat di bawah ini.
HMS Design & Printing | Servis Percetakan Flyers Murah
Hotline: Tekan untuk telefon (019-9051424) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : Pakar Packaging Dan Sticker Produk
Laman Web : https://www.hmsprinting.com/old
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]





















mohon emailkan senarai harga mengikut kualiti, saiz flyers dan kuantiti.
design oleh pihak tuan
saya ingin menempah flyers
sila wassap 0133484742