Anda pernah dengar tak tentang pemilik produk menyimpan stok di bawah katil? Pelik tapi itulah hakikatnya perkara yang berlaku kepada sesetengah pemilik produk. Satu kesilapan terbesar bagi setiap pemilik produk adalah tidak mempunyai teknik pemasaran yang betul bagi melariskan produk jualan. Kesannya, produk yang dikeluarkan tidak laku dan tidak dipasarkan.
Terdapat pelbagai teknik pemasaran produk yang boleh membantu melariskan jualan produk anda. Anda boleh mempelajari ilmu pemasaran ini ketika di universiti, melalui kajian di internet atau menyertai bengkel yang diadakan di serata tempat. Antara teknik pemasaran yang perlu anda ketahui adalah berkenaan cara memasarkan produk, penjenamaan produk, target pasaran, cara promosi produk dan sebagainya.
Tahukah anda, produk itu sendiri memainkan peranan yang penting juga. Produk anda haruslah menarik, mempunyai nama yang bagus serta mempunyai pembungkusan yang menarik. Persepsi pertama pelanggan pada produk anda sangat penting. Dari pandangan pertama, kemudian butiran produk, serta kegunaan produk akan menarik perhatian perhatian pelanggan untuk membeli. Jom ketahui 10 perkara wajib yang anda perlu tahu sebelum menempah dan mencetak kotak.
10 Perkara Wajib Anda Tahu Sebelum Tempah dan Printing Kotak
#1 Nama Produk
Nama sesuatu produk sangat memberi kesan kepada bakal pengguna anda. Tips memilih nama produk haruslah menggunakan nama yang ringkas dan mudah diingati supaya mudah untuk pelanggan anda menyebut dan mencadangkan produk anda kepada orang lain pula. Tambahan pula, nama produk akan dipamerkan pada kotak produk maka ia perlu dipilih dengan teliti.
#2 Reka Bentuk Label Produk
Label yang menarik akan memberi nilai tambah kepada sesuatu produk. Tidak kiralah anda menjual produk makanan, kecantikan, kesihatan atau pun aksesori. Label produk yang bagus adalah label yang memberi info asas sesuatu produk bagi makluman pelanggan. Ia akan memudahkan pelanggan mengetahui tentang info asas produk anda.
#3 Maklumat Pada Kotak Produk
Maklumat pada kotak adalah bergantung kepada jenis produk yang anda pasarkan. Sebagai contoh, produk makanan perlu mempunyai maklumat seperti ramuan, berat bersih, tarikh luput serta logo halal. Sekiranya anda menjual produk kosmetik pula, anda harus memaparkan maklumat seperti warna gincu, kesesuaian produk mengikut jenis kulit serta bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk kosmetik tersebut.
#4 Kesesuaian Produk Dengan Kotak
Material kotak atau pembungkusan produk adalah harus sesuai dengan produk yang anda keluarkan. Ia boleh menjamin kualiti produk anda juga sehingga produk sampai ke tangan pengguna. Size kotak juga anda harus fikirkan untuk sesuaikan dengan produk dan juga bajet yang anda peruntukkan.
#5 Kualiti Cetakan Pada Kotak
Cetakan pada kotak produk haruslah jelas dan terang supaya pengguna dapat membaca maklumat yang dinyatakan. Nak cetak label pada kotak? Lebih baik anda pastikan kualiti cetakan terlebih dahulu. Jangan pula warna dan tulisan hanya bertahan untuk beberapa minggu sahaja.
#6 Jenis – Jenis Kotak Yang Ada di Pasaran
Terdapat pelbagai jenis dan material kotak yang ada di pasaran. Jenis kotak ini harus dipilih bergantung kepada jenis produk anda juga. Andai kotak terlalu nipis, risau nanti belum dijual sudah terkoyak. Jangan pula kotak besar tapi produk di dalam adalah produk yang kecil. Nanti pengguna akan salah anggap pula tentang produk yang anda jualkan.
#7 Tempahan Minima Kotak
Setiap servis perniagaan percetakan meletakkan syarat tempahan minima kotak. Anda perlu mengetahuinya sebelum membuat tempahan supaya anda boleh membuat perancangan kewangan dengan baik. Ia akan memberi kesan kepada modal kewangan yang anda keluarkan.
#8 Harga Setiap Unit Kotak
Adakah perlu anda menempah kotak yang kosnya lebih mahal daripada produk yang anda keluarkan? Oleh yang demikian, anda harus mengkaji beberapa servis percetakan dan membuat perbandingan harga supaya berbaloi untuk anda menempah untuk perniagaan anda nanti. Setiap sen yang berbeza akan memberi kesan yang besar kerana anda akan menempah dengan kuantiti yang banyak.
#9 Kualiti Kotak Yang Menjamin Keselamatan Produk
Sistem perniagaan dalam talian memerlukan anda untuk membuat pengeposan produk kepada pelanggan. Oleh yang demikian, kotak anda haruslah terdiri daripada material yang tahan lasak supaya ia dapat menjamin produk anda. Tambah pula, anda mengeluarkan produk yang sensitif, kualiti kotak adalah perkara yang menjadi keutamaan anda.
#10 Tambahan Elemen Kejutan Untuk Pelanggan
Lambakan produk yang sama di pasaran akan memberikan anda persaingan yang sengit. Anda boleh juga menambah elemen kejutan di dalam kotak anda seperti hadiah percuma buku nota, baucer percuma atau sample produk. Ini akan memberi nilai tambah kepada produk berbanding produk sedia ada di pasaran.
Tempah dan Printing Murah Dari HMS Design & Printing
Anda kini tidak perlu rungsing dan risau tentang kotak pembungkusan produk anda kerana HMS Design & Printing sentiasa membantu untuk mencapai kepuasan anda. HMS Design & Printing akan menukarkan idea anda kepada satu pembungkusan yang berkualiti dan lebih menarik. Mereka mempunyai pasukan yang berkemahiran dan berpengalaman dalam membina jenama anda terunggul di pasaran.
Kelebihan Anda Menempah dan Mencetak Kotak Dari HMS Design & Printing
Anda boleh membuat penyelidikan harga dan kualiti servis percetakan di pasaran. Namun, di sini kami akan kongsikan antara kelebihan yang anda perolehi apabila menempah dan mencetak kotak daripada HMS Design & Printing.
Harga Yang Paling Murah di Pasaran
Harga yang ditawarkan oleh HMS Design & Printing adalah serendah 50 sen dan merupakan harga termurah di pasaran. Dengan harga yang murah, anda boleh berjimat dengan lebih banyak dengan tempahan yang banyak.
Kualiti Percetakan dan Pembungkusan
Kualiti merupakan elemen utama yang menjadi fokus HMS Design & Printing. Setiap percetakan stickers, flyers dan pembungkusan dicetak dengan kualiti yang tinggi supaya pelanggan berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi.
Minimum Order Serendah 300 unit
Sekiranya anda melakukan perniagaan berskala kecil, HMS Design & Printing adalah servis percetakan yang paling sesuai untuk anda. Dengan minimum tempahan hanya 300 unit sahaja, ini pasti memberi berita baik untuk pemilik perniagaan yang baru berjinak – jinak dalam perniagaan.
Pasukan Yang Mahir dan Berpengalaman
HMS Design & Printing mempunyai pasukan kerja yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang servis percetakan. Ia sangat penting bagi memberikan hasil yang terbaik untuk olahan daripada idea asal anda nanti.
Servis Yang Pantas
Anda pasti tidak mahu servis percetakan yang melambatkan proses percetakan pembungkusan anda. Servis HMS Design & Printing menjadi pilihan kebanyakkan pemilik produk kerana mereka melakukan kerja dengan cepat dan berkualiti. Anda cuma perlu memberikan idea anda, kemudian pasukan HMS Design & Printing akan melakukan kerja mereka.
Tempah Kotak Produk Dengan Pakar Printing Packaging No. 1 Malaysia
Nak produk anda laris di pasaran? Segeralah membuat tempahan kotak untuk produk anda dengan HMS Design & Printing. Anda sudah tidak perlu menyimpan stok di bawah katil malah selepas ini pasti ramai yang ingin mendaftar sebagai stokis anda pula. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi info di bawah ini.
HMS Design & Printing | Servis Percetakan Kotak Murah
Hotline: Tekan untuk telefon (017-8305121) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : Pakar Packaging Dan Sticker Produk
Laman Web : https://www.hmsprinting.com/old/



















